Menteri Luar Perancis, Jean-Marc Ayrault semalam mengumumkan bahawa Perancis dan Iraq akan mengadakan mesyuarat peringkat menteri di Paris bagi membincangkan cara terbaik untuk memastikan Mosul, bandar kedua terbesar Iraq, berada dalam keadaan yang stabil sekiranya operasi ketenteraan berjaya menawan semula kubu terakhir kumpulan militan "Negara Islam" (IS) di negara tersebut.
Menurut beliau, tiga topik utama mesyuarat tersebut ialah melindungi penduduk di bandar Mosul dan kawasan sekitarnya, menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk, dan kerajaan Iraq menggubal pelan tindakan untuk menstabilkan semula Mosul dan tempat-tempat lain yang ditawan semula.
Wakil dari lebih 20 buah negara antaranya termasuklah Amerika Syarikat (AS), Britain, Jerman, Turki dan beberapa negara di rantau Teluk Parsi telah diundang untuk menghadiri mesyuarat tersebut, kecuali Iran.