Cari:
Misi Angkasawan di Tiangong-2 Bermula
2016-10-19 13:41:32 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Selepas terbang selama dua hari di ruang angkasa, kapal angkasa kendalian manusia, Shenzhou-11 berjaya bercantum dengan modul eksperimen Tiangong-2 secara automatik awal pagi tadi.

Dua angkasawan, Jing Haipeng dan Chen Dong yang memasuki Tiangong-2 tiga jam selepas percantuman itu dilakukan, akan menjalankan siri uji kaji perubatan dan sains aeroangkasa dalam tempoh 30 hari akan datang.

Penolong Ketua Jurutera Pusat Kawalan Penerbangan Aeroangkasa Beijing, Cui Xiaofeng berkata, "Misi percantuman kali ini diadakan dengan lancar dan berjaya berkat penggunaan teknologi yang lebih canggih. Dilihat dari skrin pemantauan, angkasawan yang terlibat didapati dalam keadaan sangat baik dan diyakini mampu menyelesaikan misi mereka."

Dengan sokongan Sistem Satelit Hantar Data Tianlian-1, kerja-kerja memantau misi Shenzhou-11 bakal dilakukan dengan lebih cekap dan efisien, yang banyak membantu dalam penghantaran data, komunikasi angkasa-bumi dan ujian sains.

Dalam tempoh sebulan akan datang, dua angkasawan bakal menjalankan beberapa ujian di modul eksperimen Tiangong-2. Ketua Pereka Bentuk Tiangong-2, Zhu Congpeng memaklumkan, "Tiangong-2 merupakan makmal angkasa pertama China, yang menjadi penginapan paling lama di angkasa lepas oleh angkasawan negara ini. Modul eksperimen tersebut akan melakukan percantuman dengan kapal angkasa kargo pada tahun depan bagi memudahkan pembekalan kepada makmal berkenaan. Beberapa ujian sains juga akan diadakan di makmal itu, termasuk kerja-kerja pembaikpulihan."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China