Cari:
Kumpulan Bersenjata Syria Berundur dari Aleppo
2016-10-20 14:10:54 CRI Cetak

Menurut laporan TV Negara Syria, kumpulan bersenjata Syria mula berundur dari kawasan timur bandar Aleppo malam tadi.

Namun identiti kumpulan yang berundur itu tidak dinyatakan.

Selain puak pemberontak, sejumlah penduduk yang cedera dan sakit serta warga emas turut meninggalkan bandar tersebut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Syria sebelum ini, pihak kerajaan akan sedaya upaya melindungi kumpulan bersenjata yang berundur dan orang awam yang berpindah keluar, di samping menyediakan bantuan kemanusiaan kepada penduduk di kawasan tersebut.

Puak pemberontak yang menyerah kalah akan mendapat pengampunan Presiden Bashar al-Assad.

Dimaklumkan, semasa tempoh "gencatan senjata kemanusiaan", tentera Syria dan tentera udara Rusia akan menghentikan serangan udara di Aleppo.

Walau bagaimanapun, Rusia tidak mengubah pendirian dan akan terus memerangi pengganas dan melindungi wilayah Syria.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China