Cari:
Ekonomi China Kekal Mampan
2016-10-20 13:35:59 CRI Cetak

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China pada suku ketiga tahun ini mengekalkan kadar pertumbuhan yang dicatatkan suku pertama dan kedua, iaitu sebanyak 6.7%, sepertimana yang dijangkakan pasaran.

Melihat data yang dikeluarkan oleh Biro Statistik Negara (NBSC) itu, institusi kewangan dan penganalis dari seluruh dunia semakin optimistik terhadap prospek ekonomi China.

Menurut laporan terkini Tabung Kewangan Antarabangsa(IMF), pertumbuhan ekonomi China bagi tahun ini dan tahun depan diunjurkan kekal pada kadar 6.6% dan 6.2%, yang turut menggambarkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap prospek ekonomi China.

Di samping itu, institusi kewangan global membuat jangkaan yang lebih optimistik terhadap prospek ekonomi China. Bank pelaburan Amerika Syarikat (AS), Morgan Stanley dalam laporannya baru-baru ini meningkatkan unjuran pertumbuhan ekonomi China kepada 6.7% daripada 6.4% yang dijangkakan sebelum ini.

Hasil kaji selidik membabitkan 58 ahli ekonomi yang dilakukan oleh agensi berita Bloomberg pada hujung September lalu pula menunjukkan, ahli ekonomi berkenaan telah menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi China bagi tahun ini kepada 6.6%. 

Statistik terkini juga menunjukkan bahawa perbelanjaan menyumbang sebanyak 71% kepada pertumbuhan KDNK dalam tempoh tiga suku pertama tahun ini. Angka ini meningkat 13.3% berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.

Sehubungan dengan itu, agensi berita Reuters dalam laporannya menyebut bahawa usaha China untuk mewujudkan "keseimbangan semula" ekonomi, yang sebelum ini hanya dijana oleh kegiatan pelaburan, sudah membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Agensi berita The Associated Press (AP) memetik analisis institut penyelidikan profesional sebagai berkata, pertumbuhan ekonomi China kekal stabil pada suku ketiga, manakala transformasi ekonomi negara ini yang disasarkan kepada perbelanjaan dan sektor perkhidmatan juga berjalan dengan lancar.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China