Seorang putera diraja Arab Saudi dilaporkan membeli sebuah kapal mewah, Serene bernilai 300 juta pound (RM1.54 bilion) selepas tertarik dengan keunikan kapal itu.
Pembelian yang tidak dirancang oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman itu menyebabkan pemilik asalnya, seorang bilionair Rusia, Yuri Shefler terpaksa meninggalkan Serene pada hari kapal itu dijual.