Amerika Syarikat (AS) menyambut baik tindakan China dan Filipina menjalinkan hubungan yang lebih erat dan menyokong usaha kedua-dua negara menyelesaikan isu Laut China Selatan melalui dialog.
Demikian dinyatakan jurucakap Jabatan Negara AS, John Kirby semalam.
Menurut beliau, AS maklum bahawa isu terbabit turut disentuh dalam lawatan Rodrigo Duterte ke China kali ini.
Sebarang dialog mungkin boleh mendorong penyelesaian isu berkenaan secara damai.
Langkah tersebut disokong dan disifatkan oleh AS sebagai tindakan yang positif dan berkesan.
Dimaklumkan, Penolong Setiausaha Negara AS yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Asia Pasifik, Daniel Russel dijadualkan melawat ke Filipina pada 22 hingga 25 Oktober ini.