Cari:
Perbahasan Calon Presiden AS Berakhir
2016-10-21 12:57:19 CRI Cetak

Perbahasan kali ketiga yang juga kali terakhir calon Presiden Amerika Syarikat (AS) berakhir kelmarin.

Topik perbahasan utama yang menjadi perhatian pengundi seperti politik, ekonomi dan kemasyarakatan, tidak dibahaskan oleh calon Parti Demokrat, Hillary Clinton dan calon Parti Republikan, Donald Trump, sebaliknya kedua-dua calon Presiden itu telah menggunakan platform tersebut untuk menyerang antara satu sama lain dengan kritikan yang tidak membina.

Akhbar New York Times mengulas bahawa situasi pilihan raya berkenaan bertambah jelas selepas perbahasan itu berakhir.

Menurut tinjauan umum, Clinton mendahului Trump. Walau bagaimanapun, kedua-dua calon itu masing-masing berdepan dengan skandal dan kontroversi yang perlu ditangani.

Pengundian pilihan raya itu akan diadakan pada 8 November.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China