Cari:
Kerjasama Kapasiti Pengeluaran Penting
2016-10-21 15:20:23 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Forum Kerjasama Kapasiti Pengeluaran Antarabangsa Pertama dan Ekspo Pelaburan Luar Negeri China Ke-8 diadakan di Beijing semalam.

China sentiasa mengambil bahagian secara aktif dalam kerjasama pelaburan antarabangsa, yang merupakan pemacu utama pertumbuhan ekonomi dunia. Pada tahun 2015, jumlah pelaburan langsung China di seberang laut hampir mencecah USD145.7 bilion, sekali gus menduduki tempat kedua di dunia.

Naib Perdana Menteri China, Wang Yang dalam ucapannya pada forum tersebut menyatakan bahawa kerjasama pelaburan China di seberang laut kini berada dalam tempoh keemasan. Jumlah pelaburan China di luar negeri dijangka melebihi USD720 bilion dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Kata beliau, "China komited untuk menggalakkan kerjasama kapasiti pengeluaran antarabangsa dengan berpandukan inisiatif 'Jalur dan Laluan', di samping terus meningkatkan tahap keterbukaan ekonomi dan mengetengahkan sekumpulan syarikat domestik sebagai syarikat multinasional hingga membentuk rangkaian kerjasama bersepadu yang saling menguntungkan dengan pelbagai negara. Di samping itu, China akan meningkatkan kualiti pelaburannya di luar negeri, selain menginovasi kaedah pelaburan berkenaan."

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, China telah mencapai kemajuan ketara dalam kerjasama kapasiti pengeluaran antarabangsa, yang merupakan komponen penting kerjasama pelaburan.

China sudah mewujudkan mekanisme kerjasama kapasiti pengeluaran dengan lebih 20 buah negara membangun termasuk Kazakhstan, Kemboja dan Mesir, di samping menjalin kerjasama pasaran pihak ketiga dengan beberapa negara maju termasuk Perancis, Jerman dan Kanada.

Beberapa tabung kerjasama antara China dengan negara Amerika Latin dan Afrika telah pun ditubuhkan atas inisiatif China, bagi mempergiat usaha sama negara-negara terbabit dalam bidang berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China