Cari:
Perjuangan di Mosul Amat Lancar
2016-10-21 14:29:03 CRI Cetak

Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi, ketika menghadiri mesyuarat antarabangsa di Paris, menyatakan bahawa berkat sokongan masyarakat antarabangsa, perjuangan untuk merebut kembali Mosul, bandar kedua terbesar di Iraq yang ditawan oleh kumpulan militan Negara Islam (IS), telah menunjukkan kemajuan yang menggalakkan dan di luar jangkaan.

Lebih 20 buah negara dan pertubuhan antarabangsa termasuk Amerika Syarikat (AS), Perancis, Jerman, Turki, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Eropah (EU) dan Liga Arab, kecuali Iran dan Rusia telah menghadiri mesyuarat tersebut.

Para perwakilan menyatakan sokongan padu terhadap Mosul dan kawasan-kawasan yang terlibat agar ketenteraman dapat dipulihkan semula, di samping komited untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Iraq.

Dalam pada itu, kerajaan Iraq dan pihak berkuasa pelbagai daerah di negara itu digesa mencapai persefahaman politik bagi mengelakkan IS daripada berkuasa semula.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China