Cari:
Persekutuan Teater Antarabangsa Laluan Sutera Ditubuhkan di Beijing
2016-10-22 15:15:49 CRI Cetak

Persekutuan Teater Antarabangsa Laluan Sutera yang terdiri daripada 56 buah institut dari 21 buah negara dan kawasan serta 2 pertubuhan antarabangsa telah ditubuhkan di Beijing semalam.

Persekutuan Teater Antarabangsa Laluan Sutera merupakan pertubuhan industri persembahan antarabansa pelbagai hala besar yang ditubuhkan atas sokongan dan panduan Syrikat Kumpulan Kebudayaan Luar China dan Kementerian Kebudayaan China. Ia bertujuan untuk memberi sumbangan bagi peningkatan taraf kesenian dan kerjasama kebudayaan di negara dan kawasan anggota persekutuan tersebut.

Kumpulan pertama terdiri daripada 56 institut termasuk 23 buah dari China seperti Teater Besar Guangzhou, Pusat Kesenian Tianqiao Beijing, Teater Besar Gansu dan Teater Filem Quanzhou, dan 33 buah dari luar negara seperti Southbank Centre, Dubai Opera House, Culture Exchange Center (Philippines), National Theater Alliance of France, dan St. Petersburg State Capella Concert Hall.

Semua institut kesenian yang terlibat merupakan institut kebudayaan yang besar. Jumlah persembahan yang diberikan melebihi 30 ribu dan menarik penonton melebihi 24 juta orang setiap tahun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China