Cari:
Li Keqiang Ditemui Henry Paulson
2016-10-22 14:48:06 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang ditemui mantan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Henry Paulson di Beijing Jumaat lalu.

Li menyanjung tinggi kejayan Tabung Paulson Dalam menggalakkan perkembangan hubungan China-AS dan mempergiat kerjasama peragmatik antara kedua-dua negara ini. Beliau berharap tabung ini terus memberikan sumbangan untuk mengintensifkan hubungan China-AS yang sihat dan mapan.

Henry Paulson pula berkata, Perdana Menteri Li Keqiang berinteraksi dengan tokoh-tokoh pelbagai sektor di AS sempena menghadiri siri mesyuarat peringkat tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada bulan lalu. Ini membantu menggalakan perkembangan hubungan AS-China.

Beliau menambah, Tabung Paulson akan memperkasakan interaksi dan kerjasama dengan China untuk memberikan sumbangan baharu demi menggalakkan hubungan dan kerjasama dua hala AS-China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China