Cari:
China Gesa Jepun Tidak Laga-lagakan Hubungan China-Filipina
2016-10-22 15:08:12 CRI Cetak

China menggesa Jepun agar menghentikan tindakan yang melaga-lagakan hubungan antara China dengan Filipina.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang akhbar di Beijing semalam.

Kyodo News melaporkan bahawa kerajaan Jepun melahirkan kebimbangan dan mahu menggesa Filipina menghormati keputusan kes timbang tara isu Laut China Selatan selepas pemimpin China dan Filipina mencapai konsensus demi menggantung pertikaian di Laut China Selatan. Dilaporkan lagi, Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga menyatakan bahawa isu Laut China Selatan antara isu yang diberikan perhatian masyarakat antarabangsa. Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mahu menggesa Filipina mempergiat kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dan Jepun ketika Presiden Filipina mengadakan lawatan ke China.

Ketika mengulas kenyataan Jepun tersebut, Hua berkata, kenyataan itu tidak masuk akal. Hubungan China dan Filipina yang diperbaiki dan isu Laut China Selatan kembali ke meja rundingan, sejajar dengan kepentingan rakyat kedua-dua negara ini, dan juga bermanfaat demi keamanan dan ketenteraman serantau.

China menggesa Jepun menghentikan tindakan yang melaga-lagakan hubungan negara serantau, dan benar-benar memberikan sumbangan konstruktif demi keamanan dan ketenteraman serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China