Cari:
Perlindungan Perdagangan Bukan "Preskripsi" Selesaikan Masalah
2016-10-23 14:22:54 CRI Cetak

Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Roberto Azevedo berkata, punca masalah peningkatan ketidaktentuan pasaran tenaga pekerja global bukanlah kerana perdagangan, perlindungan perdagangan bukan "preskripsi" masalah tersebut.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar setelah Mesyuarat Peringkat Menteri WTO di Oslo pada 21 Oktober lalu.

Mengenai trend antiperdagangan yang kian ketera di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, Azevedo menunjukkan bahawa hanya kurang daripada 20% pengangguran disebabkan perdagangan di entiti ekonomi maju, manakalah lebih 80% pengangguran disebabkan penggunaan teknologi baharu, inovasi dan automasi.

Beliau berkata, sekiranya tidak mengkaji punca sebenar masalah tersebut, sebaliknya menyalahi perdagangan, akibatnya hanya akan "menjejaskan lagi pesakit" dan "penyakit akan bertambah teruk".

Azevedo berpendapat bahawa pelbagai entiti ekonomi perlu mengubahsuai dasar pendidikan, latihan dan pelaburan khususnya menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mampu menyediakan banyak peluang pekerjaan, pada waktu yang sama, meningkatkan kerjasama global untuk mendorong pembangunan perdagangan supaya menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China