Cari:
Konflik Tercetus Lagi di Aleppo
2016-10-23 14:25:13 CRI Cetak

Setelah gencatan senjata kemanusiaan yang berlangsung selama tiga hari berakhir, pertempuran sengit tercetus lagi antara tentera kerajaan Syria dengan beberapa kumpulan bersenjata antikerajaan di Aleppo, bandar utara Syria semalam.

Menurut laporan media tempatan, pertempuran tersebut berlaku di timur bandar Aleppo yang diduduki oleh kumpulan bersenjata antikerajaan dan kumpulan pelampau.

Seorang pegawai tentera kerajaan Syria yang enggan didedahkan namanya memberitahu wartawan bahawa, hanya ada 7 orang anggota militan dari "Ahrar al-Sham", satu kumpulan bersenjata antikerajaan yang menyerah kalah kepada tentera kerajaan, manakala sejumlah kecil lagi penduduk tempatan berundur dari timur Aleppo dalam tempoh gencatan senjata kemanusiaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China