Pasukan Keselamatan Kerajaan Perpaduan Kebangsaan Libya semalam telah berjaya menyelematkan 13 orang tebusan warga asing yang ditahan kumpulan ekstremis Negara Islam (IS) setelah pertempuan sengit di Sirte, barat negara itu.
Jurucakap penerangan kerajaan perpaduan Libya memberitahu wartawan bahawa, pasukan kerajaan Libya menjalankan pertempuran selama tiga hari dengan IS dan berjaya menawan semula kebanyakan kawasan bandar Sirte yang diduduki IS dan menyelamatkan 13 orang tebusan warga asing termasuk 11 orang Eritrea, seorang warga Turki dan seorang Mesir.