Cari:
Jumlah Pelajar Kembali ke Tanah Air Meningkat
2016-10-24 13:54:59 CRI Cetak

Menurut statistik Pusat Perkhidmatan Pendidikan Seberang Laut (CSCSE), Kementerian Pendidikan China, jumlah pelajar China di seberang laut mencatat 520 ribu pada tahun 2015, antaranya 400 ribu yang memilih untuk kembali ke tanah air.

Ketua CSCSE, Sun Jianming yang menghadiri Pertandingan Inovasi dan Keusahawanan Pelajar Seberang Laut Piala Chunhui di Toronto, Kanada semalam berkata, statistik tersebut berhubung kait dengan daya tarikan pembangunan ekonomi China, di samping dasar negara asing terhadap pelajar berkenaan.

Selain itu, Sun turut menegaskan, bilangan pelajar asing di China juga beransur-ansur meningkat, dengan jumlah 390 ribu orang pada tahun 2015, antaranya jumlah pelajar Korea Selatan menduduki tempat pertama, diikuti Amerika Syarikat (AS).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China