Cari:
China Bantah Rondaan Kapal Perang AS di Laut China Selatan
2016-10-24 16:54:45 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China membantah tindakan Amerika Syarikat (AS) menghantar kapal perang ke kawasan perairan Xisha, di Laut China Selatan dan mengambil langkah balas sewajar untuk mempertahankan kedaulatannya.

Menurut artikel yang diterbitkan dalam akhbar Harian Renminribao China semalam, kehadiran kapal perang AS di Xisha telah mencabuli kedaulatan dan kepentingan keselamatan China, sekali gus menjejaskan kedamaian dan keselamatan di kawasan perairan berkenaan.

Hal itu sekali lagi membongkar niat AS untuk menimbulkan huru-hara dalam isu laut China Selatan.

Menurut artikel tersebut lagi, rondaan kapal perang AS di Laut China Selatan adalah bersempena dengan lawatan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ke China, yang dianggap bakal membaiki hubungan dua hala dan membantu menyelesaikan isu Laut China Selatan.

Tindakan provokatif pihak AS sekali lagi membuktikan bahawa negara itu sentiasa berperanan sebagai penghasut bagi memuncakkan ketegangan dalam hal tersebut.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China