Cari:
Perdagangan China, Filipina Dijangka Cecah USD 60 Bilion
2016-10-24 13:29:49 Agensi Berita Xinhua China Cetak
13 buah dokumen kerjasama bilateral antara China dan Filipina telah ditandatangani dalam tempoh lawatan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ke China pada 18 hingga 21 Oktober lalu.

Dalam Forum Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China-Filipina yang diadakan pada 20 Oktober lalu, para peserta menyatakan rasa optimis terhadap prospek kerjasama China dan Filipina dalam sektor ekonomi, perdagangan dan pelaburan. Mereka berpendapat, jumlah perdagangan antara kedua-dua negara dijangka akan meningkat kepada USD60 bilion dan jumlah pelaburan syarikat China ke Filipina juga akan terus bertambah dalam tempoh lima tahun yang akan datang.

Filipina merupakan negara pengeluar dan pengeksport pisang utama di dunia, manakala, China merupakan pasaran pengeksportan pisang kedua terbesar bagi Filipina. Selain pisang, China juga mengimport produk pertanian dan hasil galian daripada Filipina di samping mengeksport produk industri yang berjumlah besar kepada Filipina setiap tahun. China telah menjadi rakan dagang kedua terbesar, negara sumber import terbesar dan pasaran eksport ketiga terbesar bagi Filipina pada masa ini.

Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Filipina, Nora K. Terrado menyatakan bahawa China merupakan rakan kerjasama komersial dan ekonomi yang amat bernilai bagi Filipina. Negaranya akan melaksanakan dasar yang lebih terbuka untuk menarik lebih ramai pelabur China menjalankan pelaburan dalam sektor pembuatan, industri tekstil, bahan makanan dan perikanan di Filipina.

Beliau berkata,

"Kami amat mengalu-alukan China dan Filipina meningkatkan kekerapan lawatan pertukaran, menjalankan kerjasama dalam sektor perdagangan, pelaburan, sains dan teknologi, selain mencari kaedah kerjasama yang baharu bagi menggalakkan perusahaan mikro dan kecil untuk menjalankan kerjasama rentas sempadan."

Ketua Eksekutif Majlis Perniagaan China-ASEAN(CABC), Xu Ningning berpendapat, kerjasama industri patutlah dijadikan sektor yang terpenting dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dan Filipina. Hal ini bukan sahaja dapat menggerakkan penyusunan semula dan penaiktarafan struktur industri China dan Filipina, malah juga bermanfaat bagi perkembangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kedua-dua negara. China dan Filipina dicadangkan memperkasakan komunikasi dan pertukaran berhubung dengan dasar dan perancangan industri dengan secepat mungkin, menggariskan pelan perkembangan kerjasama industri di samping mempercepat projek pembinaan taman perindustrian kerjasama pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China