Cari:
China Kemukakan Tiga Cadangan Galakkan Kerjasama Antikeganasan
2016-10-25 14:56:12 CRI Cetak
Seminar Memerangi Keganasan Siber ke-2 dalam rangka Forum Antikeganasan Global diadakan di Beijiing baru-baru ini. Seminar itu turut diserikan dengan kehadiran kira-kira 180 orang termasuk anggota Forum Antikeganasan Global, pegawai dari negara dan pertubuhan antarabangsa berkenaan, pakar dan sarjana serta wakil dari syarikat internet terkenal. Para peserta menyeru pelbagai negara terus berusaha untuk mencapai persepakatan, memperluas kerjasama antarabangsa dalam memerangi keganasan siber agar memberikan sumbangan kepada pemeliharaan keselamatan dan kestabilan ruang siber dan dunia.

Seminar Memerangi Keganasan Siber pertama diadakan di China pada tahun 2014. Berlatarbelakangkan situasi keganasan semakin serius dan rumit di dunia dan masyarakat antarabangsa memfokuskan kepada keganasan siber pada masa ini, seminar kali ini diadakan dengan tema "Mencapai persepakatan dan memperluas kerjasama untuk memerangi keganasan dengan efektif".

Menteri Luar China, Wang Yi ketika berucap untuk merasmikan seminar itu menyatakan bahawa kumpulan keganasan menyalahgunakan kemajuan globalisasi dan penyebaran maklumat dunia untuk menyebar ajaran-ajaran ideologi radikal dan teknologi pembuatan kemudahan keganasan sehingga keganasan siber menjadi antara masalah yang paling sukar ditangani dalam bidang keselamatan antarabangsa, dan keganasan siber juga merupakan punca utama yang menyebabkan jumlah kegiatan keganasan meningkat pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Menurut beliau, keganasan siber menyesatkan fikiran orang, ajaran-ajaran ideologi radikal lebih mudah disebarkan. Pengganas menggunakan langkah yang lebih sulit melalui internet agar kegiatan keganasan lebih mudah dilakukan. Keganasan siber merupakan jenayah rentas sempadan negara dan kawasan, juga dapat mengaktifkan kumpulan keganasan yang tersembunyi di pelbagai tempat agar kumpulan keganasan membuat pakatan sulit dengan lebih cepat.

Wang Yi menyatakan bahawa sebagai peserta dan penyumbang bagi usaha memerangi keganasan, China tegas memerangi keganasan dalam apa jua bentuk dan komited kepada kerjasama antarabangsa dalam usaha itu. Sehubungan itu, China mencadangkan memperkasakan kerjasama antarabangsa dari tiga aspek untuk memerangi keganasan siber.

Pertama, baik dalam usaha membanteras kumpulan pengganas mahupun memerangi keganasan siber, pelbagai negara perlu berusaha atas nama komuniti berkongsi nasib manusia bagi mewujudkan berkongsi keuntungan dan memikul tanggungjawab bersama-sama untuk menangani masalah. Kedua, menggalakkan kerjasama pragmatik dengan selangkah demi selangkah. Masyarakat antarabangsa mempunyai pandangan yang sama terhadap ancaman ajaran ideologi radikal dan kekerasan, dengan ini, kerjasama boleh dilakukan dengan mengutamakan langkah membanteraskan audio dan video yang menyebarkan fahaman ekstremis. Berdasarkan usaha itu, pelbagai negara bolehlah terus membincangkan panduan kerjasama bagi menangani keganasan siber. Ketiga, mengumpulkan tenaga profesional, memperhebat program inovasi teknologi untuk mengenal pasti dan memerangi habis-habisan keganasan siber.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China