Cari:
Hubungan Jepun-Filipina Jadi Tumpuan
2016-10-25 15:17:07 CRI Cetak
Lawatan julung kali Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ke Jepun yang bermula pada 25 Oktober ini telah menjadi tumpuan media Jepun pada ketika ini.

Dalam lawatan rasmi selama tiga hari di Jepun, Duterte bertemu dengan Menteri Luar Jepun, Fumio Kishida pada hari ini, dan akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe pada hari esok, dan Shinzo Abe akan mengadakan jamuan makan malam bagi meraikan Duterte. Pada 27 Oktober pula, Duterte akan bertemu dengan Maharaja Jepun. Duterte dilaporkan juga akan bertemu dengan petugas Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) dalam tempoh lawatannya kali ini. Jepun dijangka akan menyediakan pinjaman Yen Jepun (JPY) yang baharu kepada Filipina.

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga dalam sidang media pada 24 Oktober lalu menyatakan bahawa lawatan Duterte ke Jepun kali ini diharap dapat menggiatkan perkembangan perkongsian strategik antara Jepun dan Filipina. Beliau menambah, negaranya berharap bersama dengan Duterte untuk menyelaraskan pendirian kedua-dua pihak dalam isu Laut China Selatan. Sebelum ini, media Jepun termasuk Agensi Kyodo Jepun pernah memetik kenyataan pegawai kerajaan Jepun yang enggan namanya dilaporkan sebagai berkata, hubungan China dan Filipina yang semakin pulih pada masa ini tidak bermanfaat bagi pelaksanaan strategi Asia-Pasifik AS. Dalam pada itu, Filipina diharap dapat menegaskan lagi pendiriannya untuk membuat timbang tara terhadap pertikaian Laut China Selatan. Namun begitu, ketika menerima wawancara khas media Jepun pada 24 Oktober lalu, Duterte menyatakan dengan jelas bahawa kerajaannya berharap pelbagai pertikaian antara China dan Filipina dapat diselesaikan melalui rundingan dua hala.

Chen Qinghong, Penolong Penyelidik dari Institut Pengkajian Hubungan Antarabangsa Kontemporari China berpendapat, Duterte memandang Jepun sebagai sebuah negara yang boleh menyediakan bantuan kepadanya untuk membangunkan Filipina. Manakala, Jepun memandang Filipina sebagai sebuah negara yang boleh digunakan untuk merebut kelebihan geodiplomasi.

Rundingan berhubung kerjasama ekonomi dan keselamatan maritim antara Filipina dan Jepun dijangka akan diadakan dalam tempoh lawatan Duterte ke Jepun kali ini. Chen berkata, Shinzo Abe mencuba memperdayakan Filipina dalam bidang keselamatan dan kerjasama ekonomi, selain berharap Duterte dapat mengubah dasar luar yang bebas agar Filipina menjadi unsur yang bermanfaat bagi Jepun melaksanakan strateginya di rantau Asia-Pasifik.

Namun begitu, Chen berpendapat, Duterte masih akan mengekalkan dasar keseimbangan kuasa besar dan perkembangan hubungan Jepun-Filipina pada masa depan memang perlu terus diberi tumpuan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China