Cari:
China akan Merangsang Ekonomi dengan Menjana Penggunaan
2016-10-25 14:58:56 CRI Cetak

Baru-baru ini, pegawai Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China menyatakan bahawa penggunaan penduduk memainkan peranan yang ketara untuk menerajui pertumbuhan ekonomi sekarang, namun pembekalan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tidak mencukupi sehingga menyekat peningkatan penggunaan. Pada masa akan datang, China akan mempercepat langkah untuk menghapuskan rintangan dalam sistem dan mekanisme penggunaan, memandu dan menyokong lebih banyak modal dilaburkan ke dalam bidang penggunaan yang lebih luas.

Pada tempoh cuti seminggu sempena Hari Kebangsaan China yang baru berlalu, jumlah pelancong mencatat kira-kira 600 juta dengan pendapatan pelancongan mencapai kira-kira RMB500 bilion di China. Sehubungan dengan keadaan itu, Pengarah Jabatan Perancangan Kewangan Pentadbiran Pelancongan Negara China, Peng Decheng telah membuat analisis dan berkata, jumlah penduduk yang tergolong dalam kategori mereka yang berpendapatan sederhana semakin meningkat berikutan perkembangan ekonomi di China sekarang. Oleh sebab kerajaan China sedang menggalakkan pembaharuan struktur pembekal sampingan, tambahan pula rangsangan kuat oleh keperluan industri pelancongan, permintaan pelancongan meningkat dengan pesat. Hal ini turut menggalakkan pelaburan dalam industri pelancongan, sekali gus menyebabkan penggunaan pelancongan meningkat dengan pesat .

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, penggunaan penduduk dalam pelbagai sektor termasuk pelancongan semakin meningkat dan menjadi enjin pertumbuhan ekonomi China. Jumlah penggunaan pada tiga suku tahun pertama tahun ini menyumbang 71% kepada pertumbuhan ekonomi yang meningkat 13.3% berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Dalam sesi taklimat mengenai dasar kerajaan yang diadakan Dewan Negara China beberapa hari yang lalu, Naib Ketua Setiausaha Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China, Cheng Jianlin menyatakan bahawa permintaan rakyat terhadap penggunaan yang melibatkan bidang pelancongan, kebudayaan, sukan, kesihatan, kebajikan warga emas dan latihan vokasional meningkat dengan pesat, namun usaha pengubahsuaian dan penaiktarafan dalam sektor tersebut tidak selari dengan pertambahan permintaan, terutamanya bilangan produk dan perkhidmatan yang bermutu tinggi tidak dapat memenuhi permintaan rakyat.

Untuk menangani masalah itu, Dewan Negara China baru-baru ini mengeluarkan dasar untuk memperluas penggunaan yang melibatkan bidang pelancongan, kebudayaan, sukan dan kebajikan warga emas, di samping memutuskan untuk meningkatkan pembekalan produk dan perkhidmatan yang bermutu tinggi, antaranya termasuk pelancongan kapal persiaran, sukan salji dan ais, sukan penerbangan, peningkatkan taraf kesihatan dan perkhidmatan kepada warga emas serta pelaksanaan program kerjasama pendidikan dengan negara lain. Serentak itu, kerajaan akan terus memperbaiki suasana pasaran penggunaan melalui mempercepat pembinaan infrastruktur logistik dan menyempurnakan jaringan jualan barangan di bandar dan luar bandar.

Merujuk kepada semakin ramai orang China membeli barang-barang di negara lain, kerajaan China bakal mengeluarkan dasar untuk menjamin mutu barang-barang kegunaan harian yang dijual di dalam negara ini perlu mencapai piawaian yang sama dengan produk yang dieksport.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China