Cari:
Seminar Media Arus Perdana Ulang Tahun ke-25 Hubungan Dialog China-ASEAN di Jakarta
2016-10-26 14:22:29 CRI Cetak

Delegasi China di ASEAN menganjurkan seminar media arus perdana mengenai ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan dialog China-ASEAN di Jakarta Indonesia baru-baru ini. Perwakilan media arus perdana, pegawai kerajaan, pakar dan sarjana dari China dan negara anggota ASEAN telah mengadakan perbincangan yang mendalam tentang peranan media dalam perkembangan hubungan China-ASEAN, peluang dan cabaran yang dihadapi hubungan China-ASEAN dan situasi rantau Asia Timur. Duta Besar China ke ASEAN, Xu Bu, Timbalan Ketua Setiausaha Agung ASEAN, AKP Mochtan telah menghadiri seminar tersebut dan menyampaikan ucapan.

Xu Bu dalam ucapan beliau berkata, media merupakan jendela bagi golongan rakyat sesebuah negara mengenali dunia dan jambatan penting bagi pertukaran kebudayaan transnasional. Dalam proses perkembangan hubungan China-ASEAN, pelbagai media telah memainkan peranan yang positif untuk menggalakkan perkembangan hubungan kedua-dua pihak, menghubungkan hasrat dan kemahuan rakyat, meningkatkan persefahaman dan rasa saling mempercayai. Kerjasama pihak media antara China dengan negara anggota ASEAN telah mencapai hasil yang memuaskan.

Xu Bu menunjukkan bahawa media arus perdana negara-negara Asia Tenggara menampilkan beberapa ciri-ciri dalam laporan yang melibatkan China. Misalnya laporan tentang pembangunan sosioekonomi China bersikap agak positif, manakala artikel mengenai isu keselamatan dan politik China berpandangan agak negatif. Ciri-ciri tersebut mirip dengan laporan yang melibatkan China oleh media Barat.

Xu Bu menegaskan bahawa pihak media China dan negara anggota ASEAN perlu berusaha bersama-sama untuk memandu rakyat negara sendiri agar mempunyai hasrat yang sama untuk mengembangkan hubungan kedua-dua pihak. Ketika mengejar keuntungan ekonomi, pihak media diharapkan memberi ulasan secara objektif dan rasional tentang kejadian dan isu yang sensitif. Jangan menghindari masalah, dan juga tidak meruncingkan pertentangan. Selain itu, pihak media arus perdana perlu memandu pembaca dan penonton melihat dan memahami isu hangat dan isu sensitif di dalam dan luar negeri dengan pandangan yang lebih luas dan rasional.

AKP Mochtan pula berkata, inisiatif "Jalur & Laluan" (B&R) dan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia yang dikemukakan China bagi tujuan memperkasakan kerjasama serantau mendapat sambutan dan menarik penyertaan negara anggota ASEAN. Pembangunan China amat penting bagi masa depan ASEAN. Belaiu berkata, pihak media perlu memikul tanggungjawab yang sewajarnya untuk memberi maklumat yang objektif dan betul tentang perkembangan hubungan ASEAN-China, menggalakkan persefahaman dan meningkatkan perasaan saling percaya mempercayai antara rakyat kedua-dua pihak di samping memperkukuh perkongsian strategik ASEAN-China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China