Cari:
China Diharap Mainkan Peranan Lebih Efisien dalam Hal-Ehwal Antarabangsa
2016-10-26 17:32:37 CRI Cetak
Seminar Antarabangsa Memperingati Ulang Tahun ke-45 Pemulihan Kerusi yang Sah Republik Rakyat China di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah diadakan di Beijing pada 25 Oktober lalu.

Dalam seminar yang bertemakan "Berkongsi nasib dan impian" kali ini, "mengimbas kembali sumbangan China kepada PBB" dan "peranan semakin besar yang dimainkan China dalam hal-ehwal antarabangsa" menjadi dua topik utama yang dibincangkan oleh para peserta.

Pelbagai pihak berpendapat, China dijangka menjadi tunggak utama bagi menjayakan usaha PBB dan akan terus memberi sumbangan yang positif dalam pemeliharaan kedamiaan dan keselamatan serta penggalakan pembangunan lestari seluruh dunia.

Naib Menteri Luar China, Li Baodong menyatakan bahawa China sentiasa berusaha untuk menggalakkan penjagaan keamanan serta pencegahan dan penanganan kekerasan di dunia sejak 45 tahun yang lalu. China mendukung menyelesaikan pertikaian melalui saluran dialog dan rundingan, di samping beriltizam untuk menggerakkan perkembangan bersama demi mewujudkan Matlamat Pembangunan Milenium (MDG). Jumlah penduduk miskin yang dikurangkan di China menduduki tiga perempat daripada jumlah keseluruhan di dunia. Li menambah, kerjasama antara China dan PBB berdepan dengan peluang yang baharu berikutan perubahan situasi sejagat pada ketika ini.

Li berkata,

"Situasi dunia yang baharu memerlukan konsep tadbir urus global model baharu. Konsep dan fikiran untuk membentuk hubungan antarabangsa model baharu yang berteraskan kerjasama dan mewujudkan situasi menang-menang serta membina komuniti berkongsi nasib yang dikemukakan oleh Presiden China, Xi Jinping selaras dengan arus zaman ini. Konsep Presiden Xi tersebut bukan sahaja menginovasikan teori hubungan antarabangsa tradisional, malah juga mewarisi dan menyemarakkan semangat Piagam PBB."

Jeffrey Feltman, Timbalan Setiausaha Agung PBB menyatakan bahawa selaku negara utama PBB dan negara tetap Majlis Keselamatan PBB(UNSC), China telah memberi sumbangan yang amat penting dalam hal-ehwal antarabangsa berkenaan. Kerjasama antara China dan PBB menjadi semakin rapat melalui pelaksanaan Agenda Untuk Pembangunan Lestari menjelang 2030. Hal ini memberi jaminan yang kukuh untuk merealisasikan matlamat pembangunan lestari dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China