Cari:
Lawatan Duterte ke China Mendapat Sanjungan Sarjana dan Pegawai Filipina
2016-10-27 13:36:30 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Lawatan sulung Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ke China pada 18 hingga 21 Oktober lalu mencapai kejayaan. China merupakan negara pertama yang dilawat Duterte selain negara-negara anggota ASEAN. Lawatan itu mendapat sanjungan yang tinggi daripada sarjana dan pegawai Filipina.

Ramon Casiple, Pengarah Tetap Institut Pembaharuan Politik dan Pilihan Raya Filipina menyatakan bahawa lawatan Duterte ke China kali ini amat berjaya berikutan kedua-dua negara telah mewujudkan matlamat masing-masing. Sebelum ini, hubungan

Filipina dan China terbantut semasa tempoh pemerintahan kerajaan Benigno Aquino. Lawatan Duterte ke China kali ini bertujuan untuk menggalakkan hubungan kedua-dua negara kembali ke landasan yang betul, dan matlamat lawatan ini telah dicapai.

Menurut beliau, hubungan ekonomi Filipina dan China telah disambung semula berikutan kedua-dua pihak menandatangani beberapa perjanjian pelaburan. Selain itu, beliau juga berpendapat Filipina telah mengubah dasar luarnya yang sentiasa bergantung kepada AS. Hal ini bermakna terwujudnya situasi yang menang-menang.

Profesor Benito Lim, pakar ilmu politik dari Universiti Ateneo de Manila berkata, China telah memeterai beberapa perjanjian pelaburan dengan Filipina dalam tempoh lawatan Duterte ke Beijing kali ini. Berbanding dengan China, janji pelaburan yang dibuat AS bukan sahaja tidak melibatkan modal yang besar, bahkan beberapa janji gagal ditunaikan pada akhirnya. Beliau berkata, tindakan China yang membatalkan larangan import terhadap beberapa jenis produk pertanian Filipina adalah suatu berita baik bagi Filipina.

Menteri Pengangkutan Filipina, Arthur Tugade menyatakan bahawa kejayaan yang dicapai dalam lawatan Duterte ke China kali ini dijangka akan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Filipina. Tindakan China yang membatalkan larangan import pisang dan nanas dari Filipina akan memanfaatkan golongan petani Filipina. Selain itu, China dan Filipina dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada 21 Oktober lalu sepakat bersetuju memperkayakan konotasi hubungan dua hala yang berdasarkan prinsip saling menghormati, saling menguntungkan dan saksama. Hal ini juga bermanfaat bagi memelihara kesejahteraan dan kemakmuran serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China