Cari:
AS Ambil Sikap Berbeza terhadap Dua Pertempuran di Asia Barat
2016-10-27 16:51:12 CRI Cetak

Baru-baru ini, dua pertempuran sedang berlangsung di Asia Barat dan menarik tumpuan masyarakat antarabangsa, iaitu serangan terhadap Mosol yang dilancarkan kerajaan Iraq dan serangan terhadap Aleppo yang dilancarkan oleh kerajaan Syria. Kedua-dua pertempuran ini mirip dari beberapa aspek.

Mosol merupakan bandar kedua terbesar bagi Iraq, dan Aleppo juga merupakan bandar kedua terbesar bagi Syria. Bilangan penduduk di kedua-dua bandar tesebut masing-masing melebihi satu juta. Kumpulan militan Negara Islam(IS) yang menduduki Mosol dan Jabhat al-Nusra(JN) yang bertahan mati-matian di Allepo sama-sama disifatkan sebagai kumpulan keganasan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Maka, tindakan ketenteraan yang diambil oleh kerajaan Iraq dan Syria sama-sama adalah untuk membanteras kumpulan pengganas bagi menawan semula bandar, dan kerajaan Iraq dan Syria masing-masing mendapat sokongan daripada kuasa besar di dunia.

Namun, dunia Barat yang diwakili Amerika Syarikat (AS) mengambil sikap yang amat berbeza terhadap pertempuran di kedua-dua bandar tersebut. Mereka mengalu-alukan dan menyokong serangan di Mosol, bahkan menghantar pasukan tentera untuk menyertai operasi berkenaan, manakala bagi pertempuran di Aleppo pula, mereka bukan sahaja melakukan pembelaan terhadap JN, menyekat Rusia dan Syria bekerjasama untuk memerangi keganasan dengan dalih puak pembangkang Syria susah dibezakan dengan kumpulan keganasan, bahkah mendakwa Rusia dan Syria telah mencipta tragedi malapetaka kemanusiaan. Pada 21 Oktober lalu, negara-negara Barat memaksa Majlis Hak Asasi Manusia PBB mengadakan mesyuarat khas mengenai situasi hak asasi manusia di Aleppo serta menubuhkan jawatankuasa bebas untuk menjalankan siasatan terhadap Aleppo dengan tujuan menghalang Rusia dan Syria daripada mengambil tindakan untuk merebut kembali Aleppo dengan alasan pemeliharaan kemanusiaan.

AS mengambil sikap yang berbeza terhadap kedua-dua pertempuran itu adalah untuk menjaga kepentingan sendiri pada hakikatnya. Situasi pergolakan di Iraq pada masa ini sebenarnya diakibatkan tindakan kerajaan AS yang mengguling pemerintah Saddam dan membubarkan kerajaan Iraq, Parti Ba'ath dan pasukan tentera negara itu. Pada beberapa tahun yang lalu, AS telah memberi peruntukan yang banyak bagi memelihara kestabilan di Iraq. Jika situasi pergolakan kekal wujud di Iraq, reputasi AS di arena antarabangsa akan terus terjejas. Maka, AS sentiasa memberikan perhatian kepada tindakan antikeganasan di Iraq.

Dalam isu Syria pula, AS dan negara-negara Barat sejak permulaan telah menjadikan Bashar al Assad turun daripada pemerintahan sebagai prasyarat bagi menyelesaikan isu Syria. Fakta-fakta dalam beberapa tahun lalu telah membuktikan prasyarat ini memang menjadi halangan besar bagi penyelesaian isu itu.

Isu Syria bukan sahaja merupakan pertentangan antara kerajaan Syria yang mahu memelihara ketertiban yang sedia ada dengan rakyat yang menuntut pembaharuan, malah dicampurkan dengan pertentangan etnik dan puak agama, penyebaran ideologi keganasan dan pertarungan geopolitik kuasa besar. Penyelesaian isu Syria mungkin akan mengalami masa yang panjang, dan rakyat Syria yang tidak berdosa pada akhirnya akan menanggung akibatnya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China