Cari:
Kapal Induk Buatan China Siap Dipasang
2016-10-28 11:22:23 CRI Cetak

Kerangka utama kapal induk buatan China yang pertama telah siap dipasang dan kerja-kerja pembinaan termasuk memasang kelengkapan dan perkakasan di bahagian dalam dan di bahagian luaran kapal tersebut sedang giat dijalankan.

Demikian dimaklumkan jurucakap Kementerian Pertahanan China, Wu Qian dalam sidang khabar di Beijing semalam.

Menurut beliau, kerja mereka bentuk kapal induk buatan China yang pertama itu kini telah selesai.

Kerangka utama kapal tersebut sudah siap dibentuk dan kerja memasang kelengkapan dan perkakasan sedang dilaksanakan.

Perkembangan lanjut tentang pembinaan kapal induk tersebut akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China