Cari:
Jepun Memikat Filipina Balik ke Kem AS-Jepun
2016-10-28 15:20:15 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengadakan lawatan rasmi ke Jepun pada 25 hinggga 27 Oktober lalu dan bertemu dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe di Jabatan Perdana Menteri di Tokyo pada 26 Oktober.

Penganalisis berpendapat, hubungan AS dan Filipina terbantut pada ketika ini, manakala Jepun cuba mengambil peluang lawatan Duterte ke Jepun kali ini untuk membaik pulih hubungan AS dan Filipina agar memikat Filipina balik semula ke kem sekutu AS-Jepun. Dalam pada itu, Abe menawarkan beberapa taruhan yang menarik dalam urus niaga politik kepada Filipina untuk mecapai matlamat ini. Bagaimanapun, Filipina mempunyai pertimbangan sendiri dalam dasar luar negaranya. Dengan ini, masih tidak dapat dipastikan pada masa ini sama ada niat Jepun dapat diwujudkan atau tidak.

Jepun amat prihatin terhadap lawatan Duterte kali ini. Siri dokumen kerjasama telah ditandatangani selepas pertemuan antara Duterte dan Abe. Menurut dokumen tersebut, kerajaan Jepun akan membantu pasukan pengawal pantai Filipina untuk meningkatkan keupayaan pertahanan maritim dan membantu Filipina membangunkan ekonomi pertanian. Selain itu, kedua-dua negara juga memeterai dokumen berhubung dengan Jepun akan menyerahkan dua buah kapal peronda dan pesawat latihan model TC-90S yang dimiliki pasukan pertahanan diri Jepun (JMSDF) kepada Filipina.

Abe berkata, Jepun akan terus memberi bantuan kepada Filipina untuk melatih juruterbang tentera laut dan membaiki prasarana berkenaan. Di samping itu, Jepun juga akan menyediakan kapal berkelajuan tinggi serta kelengkapan berkenaan kepada Filipina untuk membantu negara ini meningkatkan keupayaan memerangi keganasan.

Dalam tempoh lawatan Duterte ke Beijing pada 18 hingga 21 Oktober lalu, China dan Filipina telah mencapai konsensus untuk menyelesaikan pertikaian Laut China Selatan melalui dialog dan rundingan. Duterte juga telah menghuraikan pendirian yang sama seperti ini dalam tempoh lawatannya di Tokyo. Ketika menghadiri Forum Ekonomi Filipina dalam tempoh lawatanya di Jepun, Duterte menegaskan bahawa pihaknya mengamalkan dasar luar yang bebas. Filipina berhasrat menjalinkan hubungan persahabatan dengan semua negara berkenaan, dan juga berharap bersahabat dengan China.

Manakala, Abe dengan sedaya upaya merapatkan hubungan dengan Filipina. Abe berkata Jepun dan Filipina merupakan rakan penting kerana mengamalkan nilai asas yang sama dari aspek kebebasan, demokrasi dan penguatkuasaan undang-undang. Abe menambah, kedua-dua negara sepakat bersetuju menaik taraf hubungan kerjasama bilateral pada masa depan.

Walaupun Jepun berusaha memikat Filipina balik ke kem AS-Jepun, namun Duterte tidak pernah mengubah pandangan beliau terhadap AS. Beliau pada 26 Oktober menyatakan bahawa rakyat Filipina mempunyai maruah dan harga diri. Angkatan tentera asing diharap dapat keluar dari Filipina dalam tempoh dua tahun yang akan datang. Filipina juga boleh "hidup" tanpa bantuan daripada AS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China