Cari:
Lawatan Tentera Laut China Kukuhkan Hubungan Tentera China-Vietnam
2016-10-28 15:14:07 CRI Cetak

Dalam sorakan kira-kira seratus tokoh-tokoh warga China yang berada di Vietnam, tiga kapal bagi armada pengiring pelayaran kumpulan ke-23 tentera laut China telah mengakiri lawatan ke Vietnam, dan berlepas dari pelabuhan Cam Ranh Bay untuk kembali ke China.

Sebelum armada itu meninggalkan Vietnam, Niab Ketua Turus Kawasan Keempat Tentara Laut Vietnam, Vo Van Tuan mengucapkan selamat jalan kepada komander armada China, Wang Hongli sebagai berkata bahawa lawatan armada China ke Vietnam kali ini amat berjaya dan telah membuka lembaran baharu hubungan tentera kedua-dua negara. Beliau berharap kapal tentera laut China melawat lagi ke pelabuhan Cam Ranh Bay.

Wang Hongli berkata, dalam tempoh lawatan selama lima hari, layanan mesra dari anggota tentera laut Vietnam dan pegawai jabatan hal ehwal luar provinsi Khanh Hos Vietnam serta pemandangan Nha Trang yang indah telah memberikan kesan yang mendalam kepada anggota tentera laut China. Lawatan kali ini bermanfaat bagi meningkatkan pertukaran lawatan yang bersahabat antara tentera kedua-dua negara.

Armada tentera laut China tiba di pelabuhan Cam Ranh Bay Vietnam pada 22 Oktober yang lalu. Tiga kapal berkenaan, CNS Xiang Tan, CNS Zhou Shan dan CNS Chao Hu yang baru mengakhiri misi perlindungan pelayaran di Teluk Aden, Somalia telah mengadakan lawatan persahabatan ke Myanmar, Malaysia dan Kemboja dalam perjalanan kembali ke China. Vietnam merupakan negara terakhir yang dilawat armada China.

Duta Besar China ke Vietnam, Hong Xiaoyong menyatakan bahawa lawatan armada tentera laut China ke Vietnam dijalankan pada masa hubungan China-Vietnam berkembang dengan baik. Sejak tahun ini, tentera kedua-dua negara berusaha melaksanakan persepakatan yang dicapai pemimpin kedua-dua negara dan memperkasakan kerjasama dan pertukaran lawatan. Kedua-dua pihak bersama-sama komited kepada usaha menggalakkan perkembangan hubungan tentera agar menjadi salah satu tonggak utama bagi hubungan parti dan negara kedua-dua pihak. Melalui lawatan itu, pelabuhan Cam Ranh Bay akan menjadi jambatan bagi meningkatkan pertukaran lawatan dan kesalingpercayaan antara tentera kedua-dua negara.

Atase Pertahanan Kedutaan China ke Vietnam, Luo Bin memperkenalkan bahawa sejak tahun 2001, kapal tentera laut China pernah mengadakan lawatan ke Vietnam sebanyak enam kali. Selepas pelabuhan Cam Ranh Bay dinaiktaraf sebagai pelabuhan antarabangsa pada bulan Mac tahun ini, kapal tentera laut Singapura, Rusia, Perancis dan India pernah melawat ke pelabuhan itu. lawantan kapal tentera laut China kali ini merupakan lawatan yang jumlah anggota tentera dan kapal yang paling banyak.

Difahamkan, dalam tempoh lawatan kali ini, komander armada China, Wang Hongli dan pegawai tentera laut China lain telah mengiringi perwakilan tokoh-tokoh China dan Vietnam untuk melawat di kapal Xiang Tan dan kapal Zhou Shan. Sebagai aktiviti pertukaran dalam kalangan anggota tentera kedua-dua negara, pertandingan pingpong dan badminton antara anggota tentera laut China dengan pekarja pelabuhan Cam Ranh Bay juga diadakan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China