Presiden China, Xi Jinping menyampaikan ucapan tahniah sempena ulang tahun ke-60 penubuhan Akademi Sains Perubatan China (CAMS).
Dalam surat ucapan tahniahnya, Presiden Xi menyatakan bahawa CAMS telah mencapai kecemerlangan membanggakan dalam bidang perubatan dan sains kesihatan, sekali gus memberi sumbangan penting bagi kemajuan teknologi perubatan dan peningkatan taraf kesihatan rakyat.
Xi mahu CAMS mengambil sambutan ulang tahun ke-60 penubuhannya sebagai titik permulaan baharu serta peluang keemasan untuk dibangunkan menjadi pangkalan utama sistem inovasi teknologi perubatan dan terus melakar kecemerlangan.
Perdana Menteri, Li Keqiang dalam perutusan tahniahnya, pula menyuarakan harapan agar CAMS terus menggalakkan inovasi dan pembaharuan, memupuk dan menarik lebih ramai tenaga profesional serta meningkatkan daya saing sendiri bagi mencipta lebih banyak hasil teknologi yang unggul dan dapat berkhidmat untuk rakyat.