Cari:
China Sedia Galak Kerjasama PBB dengan Pertubuhan Serantau
2016-10-29 16:24:09 CRI Cetak

China bersedia untuk mendorong kerjasama antara PBB dengan pertubuhan-pertubuhan serantau terus berkembang maju demi membentuk hubungan antarabangsa model baharu yang berteraskan kerjasama menang-menang.

Demikian dinyatakan oleh Wakil Tetap China ke PBB, Liu Jieyi dalam mesyuarat terbuka anjuran Majlis Keselamatan PBB bagi membincangkan kerjasaam PBB dengan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), serta kerjasama Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Bersama (CSTO) dengan Komanwel Negara-negara Merdeka (CIS) dalam usaha melindungi keamanan dan keselamatan, semalam.

Liu dalam ucapannya berkata, usaha SCO, CSTO dan CIS dalam membanteras keganasan, penyeludupan dadah dan jenayah rentas sempadan, di samping mendorong kerjasama ekonomi dan pertukaran sosiobudaya dalam kalangan anggota mereka telah mencapai hasil positif, yang turut membantu menjaga keamanan, kestabilan dan pembangunan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China