Cari:
China, Jepun Bincang Kerjasama Ekonomi
2016-10-30 16:25:38 CRI Cetak

Menteri Perdagangan China, Gao Hucheng bertemu dengan Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun, Hiroshige Seko untuk bertukar-tukar pendapat tentang hubungan ekonomi bilateral serta kerjasama serantau dan multilateral, sempena Mesyuarat Menteri Ekonomi dan Perdagangan China-Jepun-Korea Selatan ke-11 yang diadakan di Tokyo semalam.

Gao menyatakan bahawa kerjasama ekonomi antara China dengan Jepun telah membuahkan hasil yang menggalakkan. Kedua-dua pihak perlu memanfaatkan sepenuhnya peranan konstruktif kerjasama tersebut untuk membaiki hubungan bilateral.

Tambah beliau, ekonomi China dan Jepun saling melengkapi. Memandangkan ekonomi China kini memasuki tahap "normal baharu", kedua-dua pihak perlu meneroka bidang kerjasama baharu dan meningkatkan lagi kerjasama pragmatik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China