Presiden Yaman, Abedrabbo Mansour Hadi menolak cadangan perdamaian yang dikemukakan oleh utusan khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ismail Ould Cheikh Ahmed bagi menamatkan konflik di negara itu.
Menurut laporan media tempatan, Presiden Hadi menolak cadangan tersebut semasa bertemu dengan utusan khas PBB itu di Riyadh, ibu negara Arab Saudi semalam.
Menurut kenyataan yang dibuat oleh Hadi, cadangan damai PBB tersebut tidak mampu membawa keamanan kepada Yaman, sebaliknya bakal mengundang lebih banyak penderitaan dan peperangan.