Cari:
Ekspo Hortikultur Dunia 2016 di Turki Berakhir
2016-10-31 15:03:56 CRI Cetak

Ekspo Hortikultur Dunia 2016 yang telah berlangsung selama setengah tahun di Antalya, Turki berakhir semalam, dan Beijing bakal menjadi panganjur ekspo hortikultur antarabangsa bertaraf A1 itu pada tahun 2019.

Naib Datuk Bandar Beijing, Cheng Hong, dalam majlis penutupan ekspo itu yang mewakili kerajaan Beijing, telah menerima bendera Persatuan Pengeluar Hortikultur Antarabangsa (AIPH) dan Biro Pameran Antarabangsa (BIE) daripada presiden kedua-dua pertubuhan tersebut.

Presiden BIE dalam majlis penutupan itu telah menyampaikan ucapan terima kasih kepada Turki dan berharap agar ekspo di Beijing akan terus memperkenalkan konsep kehidupan dan pembangunan hijau.

Naib Ketua Biro Penyelarasan Ekspo Hortikultur Dunia Beijing, Wu Gang memberitahu wartawan bahawa Beijing berjaya dalam bidaan untuk menjadi hos ekspo hortikultur 2019 pada bulan September 2012. Oleh itu, pelbagai kerja persiapan sedang giat dijalankan dengan teratur pada masa ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China