Pihak polis Iraq semalam memaklumkan, serangan bom yang berlaku di Baghdad, ibu negara Iraq, pada petang 30 Oktober lalu telah mencederakan sekurang-kurangnya lima orang.
Seorang anggota polis, yang enggan mendedahkan namanya, memberitahu wartawan Agensi Berita Xinhua, penyerang telah memasang alat letupan ubah suai di kawasan yang berhampiran dengan sebuah sekolah dan meletupkan alat tersebut ketika orang awam melalui kawasan itu.
Setakat ini, masih belum ada pertubuhan atau individu yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu.