Cari:
Rakyat Singapura Peringati Ulang Tahun Ke-150 Kelahiran Sun Yat-sen
2016-10-31 16:59:43 CRI Cetak

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-150 kelahiran Dr. Sun Yat-sen. Revolusi 1911 yang dipimpin olehnya mendapat sokongan daripada orang Cina dan perantau China di seberang laut. Pada masa ini, beliau tetap mempunyai prestij yang tinggi dalam kalangan orang Cina di luar negara. Kedutaan Besar China ke Singapura semalam mengadakan aktiviti untuk memperingati ulang tahun ke-150 kelahiran Sun Yat-sen. Para diplomat bersama-sama orang Cina dan perantau China di Singapura menyingkap kembali sejarah dan memperingati sumbangan perantau China terhadap revolusi di China pada zaman dahulu.

Orang Cina di Singapura amat menghormati dan mencintai Sun Yat-sen. Singapura yang pernah dikunjungi oleh Sun Yat-sen sebanyak sembilan kali, merupakan pangkalan yang penting bagi Revolusi 1911.

Sun menubuhkan pertubuhan revolusi dan mengumpulkan dana bagi revolusi dengan sokongan pemimpin orang Cina tempatan. Ahli sejarah Singapura, Ke Mulin berkata, "Revolusi 1911 dan revolusi seterusnya menjadi gerakan yang dijalankan oleh tokoh-tokoh yang bijaksana untuk menubuhkan sistem politik yang sesuai dengan China. Proses revolusi itu penuh dengan ranjau duri."

Duta Besar China ke Singapura, Chen Xiaodong berkata, "Mendiang Dr. Sun Yat-sen sepanjang riwayat hidupnya sama sekali tidak berganjak dari perjuangan untuk mewujudkan kemerdekaan dan perpaduan bangsa China . Proses revolusinya penuh dengan kesulitan dan cabaran. Beliau berikrar untuk membina satu negara yang merdeka dan bebas."

Chen menyatakan, memelihara penyatuan tanah air menjadi sasaran perjuangan Sun Yat-sen dan juga hasrat bersama seluruh rakyat China. Beliau berkata, "Menyingkap kembali manifesto Sun Yat-sen, kami akan lebih memahami peri pentingnya penyatuan negara. Penduduk di kedua-dua pantai Selat Taiwan menjadi saudara setanah air. Penyatuan semula tanah air merupakan hasrat dan tanggungjawab bersama bagi rakyat China. Ini patut menjadi sasaran perjuangan bagi penduduk di kedua-dua pantai Selat Taiwan serta pelbagai parti dan pertubuhan."

Naib Pengerusi Persatuan Persahabatan Singapura-China, Huang Jinxi menyatakan, sebagai seorang warga Singapura, beliau amat bangga dengan usaha orang Cina generasi dahulu di Singapura dalam perjuangan Revolusi 1911 dan perang anti pencerobohan tentera Jepun. Kini, Inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) anjuran China merupakan peluang yang baik, yang dilihat sebagai satu projek besar yang boleh membantu mewujudkan perpaduan, memupuk rasa saling mempercayai, mendorong pembangunan yang bersifat inklusif, menang-menang dan kerjasama yang saling menguntungkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China