Cari:
Pendakwa Raya Korea Selatan Tangkap Choi Soon-sil
2016-11-01 13:46:52 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Choi Soon-sil, sahabat karib Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye yang campur tangan dalam urusan pentadbiran negara telah ditangkap dan ditahan oleh pihak pendakwa raya Korea Selatan. Pihak pendakwa raya Korea Selatan mengumumkan demikian pada malam 31 Oktober lalu.

Agensi Berita Yonhap Korea Selatan memetik maklumat pihak pendakwa raya sebagai berkata, Choi Soon-sil menafikan pelbagai tuduhan terhadap beliau dalam kes tersebut. Pihak pendakwa raya melakukan penangkapan serta-merta terhadap Choi Soon-sil kerana bimbang segala bukti berhubung dengan kes tersebut akan dimusnahkan. Selain itu, Choi Soon-sil pernah melarikan diri ke negara asing sebelum ini dan beliau sekarang tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap di Korea Selatan.

Pada hari yang sama, Choi Soon-sil ketika ditanya oleh pihak media berkata, beliau "melakukan jenayah yang tidak dapat dimaafkan".  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China