Cari:
Air Show China Ke-11
2016-11-01 15:31:00 CRI Cetak

Pameran Penerbangan dan Angkasa Lepas Antarabangsa China (Air Show China) ke-11 dirasmikan di Zhuhai, provinsi Guangdong hari ini. Jet pejuang kalis radar yang tercanggih di China, iaitu J-20 akan dipamerkan buat kali pertama dalam pameran kali ini. Selain itu, pesawat pengangkutan besar Y-20 yang terpilih untuk melengkapi Tentera Udara China pada Julai yang lalu pula akan buat pertama kali ditunjukkan kepada umum. Pesawat jenis bersiri "-20" tersebut memperlihatkan perkembangan kelengkapan penerbangan China yang pesat dalam tempoh 20 tahun yang lalu.

Pengurus Besar Syarikat Industri Penerbangan China (AVIC), Tan Ruisong berkata, "Pameran kali ini akan menunjukkan 70 jenis kelengkapan. J-20 yang menarik perhatian peminat ketenteraan di dalam dan luar negeri akan buat kali pertama ditunjukkan kepada umum dan diatur menyertai aerobatik. Ini dijangka pasti akan menambah kebanggaan rakyat China."

J-20 merupakan jet pejuang kalis radar generasi terbaru yang dibuat oleh China dengan kemampuan sendiri. Naib Pengurus Besar AVIC, Zhang Guoxin berkata, "J-20 dipamerkan dalam pameran kali ini menunjukkan bahawa penyelidikan terhadap pesawat jenis itu akan selesai dan jet jenis itu akan diserahkan kepada Tentera Udara untuk kegunaan rutin. Setelah ditunjukkan dalam pameran kali ini, pesawat jenis itu akan terus disempurnakan fungsinya oleh AVIC menurut permintaan pihak pengguna."

Selain J-20, pesawat pengangkutan Y-20 yang dipamerkan dalam pameran kali ini pula amat menarik perhatian umum. Pesawat jenis itu merupakan pesawat pengangkutan berkapasiti 200 tan yang dibuat oleh China dengan kemampuan sendiri. Pesawat jenis itu boleh digunakan menghantar baik kargo mahupun penumpang dalam cuaca yang rumit untuk perjalanan yang berjarak jauh.

Zhang Xinguo berkata "Pesawat-pesawat yang ditunjukkan dalam pameran kali ini memperlihatkan perkembangan industri penerbangan yang pesat di China. Hasilnya, penaiktarafan jet pejuang memerlukan masa yang semakin singkat. "

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China