Cari:
Pertemuan Xi Jinping, Hung Hsiu-chu Mantapkan Hubungan Tanah Besar dan Taiwan
2016-11-02 14:23:26 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping ditemui delegasi Parti Kuomintang (KMT) China yang diketuai oleh pengerusi KMT, Hung Hsiu-chu di Beijing pada petang 1 November lalu.

Dalam pertemuan itu, Xi mengalu-alukan kedatangan Hung Hsiu-chu dan delegasi KMT untuk mengadakan lawatan ke Tanah Besar. Beliau menegaskan bahawa kedua-dua pantai Selat Taiwan merupakan komuniti yang berkongsi nasib bersama dan tidak dapat dipisahkan. Dengan berpegang teguh kepada Konsensus 1992 yang mengamalkan prinsip satu China, tindakan menjaga kedamaian dan kestabilan Selat Taiwan serta memelihara hubungan Tanah Besar dan Taiwan secara damai disifatkan sebagai selaras dengan tekad rakyat China kedua-dua pantai Selatan Taiwan.

Xi Jinping turut mengemukakan enam cadangan bagi mengembangkan hubungan Tanah Besar dan Taiwan.

Pertama, berpegang teguh kepada Konsensus 1992 yang mengamalkan prinsip satu China.

Kedua, menentang dengan tegas kegiatan penyokong "kemerdekaan Taiwan" yang berniat untuk memisahkan Taiwan dari China.

Ketiga, menaiktarafkan tahap integrasi sosioekonomi antara kedua-dua pantai Selat Taiwan. Kerjasama ekonomi antara Tanah Besar dengan Taiwan mempunyai banyak kelebihan.

Keempat, rakyat kedua-dua pantai Selatan Taiwan harus bersama-sama menyemarakkan budaya China.

Kelima, membaiki kesejahteraan hidup rakyat Tanah Besar dan Taiwan.

Keenam, kedua-dua pihak perlu mempunyai iltizam yang tinggi untuk merealisasikan kebangkitan bangsa China pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China