Cari:
Myanmar Diharap Dorong Proses Damai dan Permuafakatan Bangsa
2016-11-02 14:41:41 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China dan Myanmar merupakan negara jiran yang telah menjalinkan ikatan persahabatan "Pauk-Phaw" sejak sekian lama. Myanmar diharap terus menggalakkan proses damai dan permuafakatan bangsa negara demi perpaduan pelbagai etnik, di samping mewujudkan pembangunan dan kemakmuran negara pada masa hadapan.

Naib Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China, Xu Qiliang berkata demikian ketika ditemui Ketua Komander Perkhidmatan Pertahanan Myanmar, Senior Jeneral Min Aung Hlaing yang sedang membuat lawatan rasmi ke Beijing pada 1 November lalu.

Xu berkata, China bersedia untuk berusaha bersama-sama dengan Myanmar untuk melaksanakan sepenuhnya konsensus penting yang telah dicapai oleh Presiden China, Xi Jinping dan pemimpin Myanmar, selain mengintensifkan kerjasama pragmatik antara angkatan tentera kedua-dua negara, bersama-sama mempertahankan keamanan di kawasan sempadan, sekali gus mempergiat perkongsian strategik komprehensif China dan Myanmar berkembang ke arah yang lebih positif.

Min Aung Hlaing pula berkata, Myanmar amat mementingkan pembangunan dan kestabilan di kawasan sempadan. Pihaknya bersedia untuk memperluas dan meningkatkan interaksi dan kerjasama antara angkatan tentera Myanmar dan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China