Cari:
Pameran Udara Antarabangsa China Terus Unggul
2016-11-02 16:51:20 CRI Cetak

Pameran Udara Antarabangsa China ke-11 telah dirasmikan di Zhuhai semalam, dan akan berlangsung hingga 6 November ini.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-60 penubuhan angkasa lepas China dan ulang tahun ke-20 pameran berkenaan. Sebanyak 700 peserta dari 42 negara dan kawasan telah menyertai pameran kali ini. Luas kawasan pameran dalam bangunan kira-kira 82 ribu meter persegi, lebih besar 24.2 peratus berbanding dengan keluasan tahun lalu, manakala kawasan luarnya pula meliputi 350 ribu meter persegi, dengan kawasan untuk mempamerkan pesawat yang berjumlah melebihi 130 buah.

Juruterbang berjaya menerbangkan jet pejuang kalis radar yang tercanggih di China, iaitu J-20 yang dipamerkan buat kali pertama, selain pesawat pengangkut Y-20 yang turut dipertontonkan buat pertama kali kepada khalayak umum. Kategori-kategori baharu lain yang dibangunkan oleh Syarikat Industri Penerbangan China (AVIC) juga dipamerkan.

Menurut maklumat, pameran kali ini memfokuskan pembinaan platform rundingan perdagangan dan kerjasama bagi mendorong perkembangan perdagangan antarabangsa dalam sektor ketenteraan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China