Cari:
Beruang Jadi Tok Kadi Buat Pasangan Rusia
2016-11-03 14:41:22 CRI Cetak

Pelik, tapi menarik! Biasanya fokus utama dalam sesuatu majlis perkahwinan adalah pasangan pengantin baharu. Namun, pasangan ini disatukan oleh seekor beruang!

Menurut Daily Mail, Denis dan Nelya, 30, berasal dari Moscow, Russia, menjadikan seekor beruang yang dikenali sebagai Stepan sebagai pembawa cincin mereka. Malahan, dia hadir ke majlis dengan memakai tali leher kupu-kupu berwarna hitam.

Beruang itu juga mengambil peranan "Tok Kadi" yang menyatukan kedua-dua pasangan itu pada hari yang sangat bersejarah.

Jurugambar Rusia, Olga Barantseva berjaya mengabadikan saat bahagia pasangan itu bersama Stepan dalam rakaman foto yang cukup unik!

Beruang berketinggian tujuh kaki itu berusia 23 tahun dan merupakan beruang peliharaan pasangan kekasih Rusia, Svetlana dan Yuriy Panteleenko sejak berusia tiga tahun selepas ditemui pemburu di dalam hutan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China