Cari:
Penstrukturan Sumber Tenaga China Terus Diperbaiki 
2016-11-03 16:36:43 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Forum Antarabangsa tentang Peralihan Sumber Tenaga (IFET) 2016 diadakan di bandar Suzhou, provinsi Jiangsu baru-baru ini. Kini, China memperoleh 1/3 pelaburan antarabangsa dalam bidang sumber tenaga yang boleh diperbaharui, dan struktur penggunaan sumber tenaga negara ini terus diperbaiki dari semasa ke semasa. Selain itu, kerajaan China akan mengemukakan strategi peralihan dalam pengeluaran dan penggunaan sumber tenaga bagi tempoh 2016-2030. Strategi itu menyasarkan membentuk sistem sumber tegana yang bersifat rendah karbon, selamat dan efisien tinggi.

Menurut statistik berkenaan, penggunaan sumber tenaga bagi per unit Keluaran Dalam Negeri Kasar KDNK China menurun pada kadar 18% dalam tempoh 5 tahun yang lalu. Dalam pada itu, kadar peningkatan purata tahunan penggunaan sumber tenaga mencatat 3.6%, sedangkan kadar pertumbuhan ekonomi negara ini mencapai 7.8%. Kemajuan itu tercapai berikutan pembangunan sumber tenaga yang boleh dikitar semula dan sumber tenaga alternatif pada masa kebelakangan ini. 

Ahli Dewan Negara China, Wang Yong ketika berucap dalam IFET 2016 berkata bahawa penstrukturan sumber tenaga China sedang berada dalam proses terus diperbaiki. Kata beliau: "Dalam tempoh tiga suku tahun pertama, kadar penggunaan gas asli dan sumber tenaga bukan fosil terus meningkat kepada 19.8%. Jumlah penjanaan kuasa elektrik daripada sumber tenaga bukan fosil meningkat 14.4% berbanding masa yang sama tahun lepas. Kini, China sedang memasuki tahap yang amat penting dalam bidang mengusahakan peralihan sumber tenaga.

Ketua Pengarah Agensi Sumber Tenaga Boleh Diperbaharui Antarabangsa (IRENA), Adnan Amin berkata, China kini memainkan peranan penting dalam merintis usaha penjanaan kuasa elektrik melalui sumber tenaga boleh diperbaharui.

Kata beliau: "China menyumbang lebih separuh daripada peningkatan kapasti loji janakuasa elektrik melalui tenaga angin dan hidroelektrik dan satu pertiga melalui tenaga suria di seluruh dunia pada masa ini. Jumlah pelaburan antarabangsa dalam projek sumber tenaga boleh diperbaharui kini mencecah USD 330 bilion (RM1.38 trilion), dan satu pertiga daripadanya dilabur di China."

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China