Cari:
China Jalin Hubungan Diplomatik Tanpa Sasarkan Pihak Ketiga
2016-11-03 11:03:49 CRI Cetak

China sentiasa mengamalkan kejiranan yang baik dan mesra dalam dasar luar dan berusaha mengembangkan hubungan diplomatik yang normal dengan negara lain tanpa menyasarkan pihak ketiga.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying di Beijing semalam.

China dan Malaysia telah mencapai perjanjian kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang dan pertahanan ketika Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan lawatan ke China. Namun, terdapat segelintir media Barat beranggapan bahawa tindakan tersebut merupakan langkah baharu China untuk menandingi pengaruh Amerika Syarikat (AS) di rantau ini.

Sehubungan dengan itu, Hua berkata, China sentiasa mengamalkan dasar luar yang berkonsep keakraban, keikhlasan, saling menguntungkan dan toleransi, dan bersedia untuk meneruskan semangat keterbukaan dan inklusif dalam mengembangkan persahabatan dengan negara-negara jiran termasuk Malaysia, berusaha bagi menjamin kesejahteraan rakyat di rantau ini dan mewujudkan kemakmuran bersama dengan pelbagai negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China