Cari:
Li Keqiang Mulakan Lawatan ke Kyrgyzstan
2016-11-03 11:49:46 CRI Cetak

Atas undangan Perdana Menteri Republik Kyrgyzstan, Sooronbay Zheenbekov, Perdana Menteri China, Li Keqiang telah tiba di lapangan terbang Bishkek dengan menaiki pesawat khas petang semalam untuk memulakan lawatan rasmi ke Kyrgyzstan dan menghadiri Sidang Peringkat Perdana Menteri ke-15 Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO).

Menurut Li Keqiang, beliau berharap dapat bertukar-tukar pendapat dengan pemimpin Kyrgyzstan mengenai hubungan dua hala dan kerjasama dalam pelbagai bidang. Beliau yakin kedua-dua pihak akan merebut peluang keemasan tersebut untuk membuka lembaran baharu dalam hubungan persahabatan kedua-dua negara.

Tambah beliau, China bersedia untuk mencapai persepakatan baharu bagi meningkatkan kepentingan bersama, meneroka potensi kerjasama, di samping menggalakkan peningkatan pertukaran dan kerjasama anggota SCO dalam bidang keselamatan, ekonomi dan sosiobudaya ke tahap baharu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China