Cari:
Hubungan China-Guniea Dipertingkatkan kepada Perkongsian Strategik Komprehensif
2016-11-03 15:28:34 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Guniea, Alpha Condé telah mengadakan rundingan di Dewan Rakyat Beijing semalam.

Kedua-dua pemimpin bersepakat untuk meningkatkan taraf hubungan dua hala kepada status perkongsian strategik komprehensif, merebut peluang pelaksanaan hasil yang dicapai pada Sidang Kemuncak Johannesburg Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC) untuk mengintensifkan kerjasama saling menguntungkan dalam pelbagai bidang demi mencipta masa depan yang lebih cerah.

Xi Jinping menegaskan bahawa China bersedia untuk mengadakan kerjasama strategik dalam pembangunan sumber dengan Guniea, di samping menjadi pemangkin kepada pembinaan infrastruktur yang merangkumi landasan kereta api, pelabuhan, tenaga elektrik dan telekomunikasi serta kerjasama kapasiti pengeluaran.

Selain itu, China bersedia untuk menyelaraskan kerjasama dengan Guniea di arena antarabangsa, antaranya termasuklah kerjasama China-Afrika dalam sumber tenaga yang boleh diperbaharui, perubahan iklim, Agenda Untuk Pembangunan Lestari menjelang 2030, isu keamanan dan keselamatan Afrika dan isu-isu lain yang berkaitan dengan hak dan kepentingan sah negara membangun.

Selepas rundingan itu, kedua-dua pemimpin bersama-sama menyaksikan pemeteraian beberapa dokumen kerjasama dua hala.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China