Cari:
Geun-hye Semakin Susah, Pencalonan PM Baharu Dibantah
2016-11-04 16:43:35 CRI Cetak

Isu campur tangan dalam urusan politik yang melibatkan kawan rapat Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye terus menarik perhatian masyarakat awam negara itu. Ketika menghadapi bantahan keras yang menuntut Presiden Park Geun-hye meletakkan jawatan, Cheongwadae mengumumkan rombakan kabinet secara tiba-tiba. Namun, hal ini turut menimbulkan pertentangan daripada parti pembangkang.

Pada 2 November lalu, Presdien Park Geun-hye mencalonkan Kim Byeong-jun untuk menyandang jawatan Perdana Menteri baharu. Pada keesokan harinya pula, Han Gwang-ok dicalonkan untuk menyandang jawatan Ketua Setiausaha Sekretariat Cheongwadae. Kim Byeong-jun dalam sidang media yang diadakan semalam berkata, pihaknya akan meningkatkan komunikasi dengan parlimen dan pelbagai parti negara itu sekiranya menyandang jawatan perdana menteri.

Kata beliau: "Jika menyandang jawatan Perdana Menteri, saya akan mengadakan perbincangan dengan parlimen dan baik parti pemeritah mahupun pembangkang tentang semua isu terbabit, termasuk pembentukan semula kabinet. Apabila Presiden menghadapi kritikan rakyat, parlimen dan pelbagai parti merupakan enjin pengganti yang menyumbang kepada pentadbiran negara. "    

Kim Byeong-jun dan Han Gwang-ok pernah menyandang jawatan dalam kerajaan pimpinan mantan Presiden, Roh Moo-hyun dan Kim Dae-jung. Pencalonan kedua-dua mereka untuk menyandang jawatan kanan kerajaan mencerminkan keinginan Cheongwadae mahu mengekalkan imej neutral. Namun, hal ini menimbulkan bantahan keras daripada parti pembangkang. Anggota Parlimen dari Parti Negara Baharu, Jung Byeong-guk dalam sidang media berkata: "Pencalonan pegawai kanan oleh Cheongwadae ini sekali lagi mengheret rakyat ke arah putus asa. Pencalonan ini dibuat tanpa mengadakan perbincangan dengan parti pembangkang sekali lagi mencerminkan kebiasaan Presiden yang sering membuat keputusan tanpa berbincang dengan pihak lain."

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China