Cari:
Pertemuan Perdana Menteri China-Kazakhstan ke-3 di Astana
2016-11-04 14:24:59 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China bersedia untuk menyepadukan inisiatif China, Jalur Ekonomi Laluan Sutera dengan dasar ekonomi baharu "Laluan Kegemilangan" yang dilaksanakan oleh Kazakhstan, di samping meneroka ruang kerjasama baharu dua hala yang saling menguntungkan.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam Pertemuan Perdana Menteri China-Kazakhstan ke-3 dengan rakan sejawatnya dari Kazakhstan, Bakytzhan Sagintayev di pejabat Perdana Menteri Astana pada malam 3 November waktu tempatan.

PM Li berkata, kedua-dua negara diharap dapat terus mempercepat kerjasama dari pelbagai aspek bagi menjayakan projek pembinaan kesalinghubungan. China bersedia untuk mengintensifkan penyelarasan dalam rangka Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) demi kedamaian dan kestabilan serantau.

Sagintayev pula menyatakan bahawa negaranya amat menyanjungi strategik pembangunan inovasi yang sedang giat dilaksanakan di China, dan bersedia untuk memperluas kerjasama dengan China dalam sektor kapasiti pengeluaran, pengangkutan, sumber tenaga, pertanian dan inovasi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China