Cari:
Perutusan Tahniah atas Kejayaan Pelancaran Roket Long March-5
2016-11-04 13:55:27 CRI Cetak

Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Dewan Negara China dan Suruhanjaya Ketenteraan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China mengutus kawat tahniah berikutan kejayaan pelancaran roket pengangkut Long March-5, di samping mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan menyampaikan ucapan istimewa kepada semua saintis, juruteknik, pekerja dan anggota Tentera Pembebasan Rakyat(PLA) China kerana berjaya melaksanakan tugas tersebut.

Perutusan tahniah itu menyatakan bahawa roket pengangkut Long March-5 merupakan projek penaiktarafan roket pengangkut China dan mewakili taraf yang paling tinggi dalam inovasi pembuatan roket China. Kejayaan pelancaran roket itu juga menandakan China telah menduduki barisan paling hadapan di dunia dalam pembangunan teknologi angkasa lepas.

Perutusan itu turut menyatakan harapan agar semua petugas yang terlibat dalam bidang aeroangkasa akan meneruskan usaha gigih mereka untuk memberikan sumbangan yang lebih besar kepada pembangunan bangsa China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China