Menurut keputusan tinjauan umum yang dijalankan oleh Realmeter, agensi tinjauan umum Korea Selatan semalam, disebabkan skandal "kawan rapat campur tangan dalam hal ehwal negara", kira-kira 55.3 peratus responden menyatakan bahawa Presiden Park Geun-hye perlu meletakkan jawatan atau dipecat.
Selain itu, keputusan itu juga menunjukkan bahawa terdapat 20.2 peratus responden mahu Park Geun-hye mengundurkan diri daripada parti pemerintah dan kekebalan beliau sebagai Presiden perlu dihadkan. Tinjauan umum tersebut dijalankan terhadap 534 warga Korea Selatan yang berusia 19 tahun ke atas pada 2 November lalu.
Pada hari yang sama, Realmeter turut mengumumkan peratusan sokongan terhadap Presiden Park Geun-hye pada 31 Oktober hingga 2 November adalah 10.9 peratus, turun 8.1 peratus berbanding dengan minggu lalu, dan penurunan itu telah berlaku selama lima minggu berturut-turut.