Cari:
Li Keqiang Hadiri Sidang Peringkat Perdana Menteri ke-15 SCO
2016-11-04 14:14:40 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang telah menghadiri Sidang Peringkat Perdana Menteri ke-15 Pertubuhan Kerjasama Shanghai(SCO) di Bishkek semalam.

Li Keqiang menyatakan bahawa situasi antarabangsa mengalami perubahan besar pada ketika ini. Oleh itu, negara anggota SCO perlu menjalinkan kerjasama bagi mewujudkan pembangunan bersama dan kestabilan serantau dalam jangka masa panjang.

Perdana Menteri Li turut mengemukakan cadangan bagi pembangunan SCO pada masa depan. Antaranya termasuklah mewujudkan persekitaran yang selamat dan stabil, membina pola pembangunan secara bersepadu, meningkatkan tahap kerjasama kapasiti pengeluaran, meneroka peluang inovasi dan kerjasama baharu, membaiki mekanisme pengumpulan dana serantau dan memperkukuh asas pertukaran sosiobudaya.

Li Keqiang menyatakan bahawa China bersedia untuk bersama-sama dengan pelbagai pihak menyemarakkan "Semangat Shanghai" dan menggalakkan kerjasama SCO dalam pelbagai bidang agar mencapai kemajuan demi kesejahteraan rakyat pelbagai negara di rantau ini.

Dalam sidang itu, para pemimpin berjanji akan bersama-sama memelihara keselamatan dan kestabilan serantau, menggerakkan kerjasama ekonomi serantau dan menjana kedinamikan SCO bagi menyumbang kepada kedamaian dan pembangunan rantau ini.

Perdana Menteri Li Keqiang dan para pemimpin lain turut menandatangani dan mengeluarkan pengumuman bersama, di samping meluluskan beberapa dokumen dan resolusi kerjasama yang merangkumi bidang perdagangan, pelaburan, kewangan, kastam dan pertanian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China